Asal-usul dan perkembangan Porselin biru putih

Tembikar bersepuh timah Islam, dengan hiasan biru putih, Iraq, abad 9. Seni khat Arab ini tertulis ghibta, yang bermaksud "kebahagiaan".[1]

Teknik penghiasan biru kobalt dipercayai berasal dari Timur Tengah pada abad ke-9 melalui eksperimen perhiasan pada barang-barang putih.[2] Pigmen biru kobalt yang digali dari lombong-lombong tempatan di tengah Iran dari abad ke-9, dan kemudian dieksport sebagai bahan mentah ke China.[3]

Teknik biru-putih itu dikembangkan sepenuhnya di Cina dengan teknologi porselin pada abad ke-14.[4][2] Adakalanya, biru putih Cina memakai juga menerapkan ciri-ciri reka hiasan Islam, seperti hasil loyang Mamluk yang ditukar menjadi rekaan porselin biru putih Cina.

Biru-putih Tang dan Song

Porselin biru dan putih Awal China, dihasilkan sekitar tahun 1335, Jingdezhen .

Barangan tembikar biru putih China wujud seawal abad ke-9 di Wilayah Henan, China, walaupun kini hanya serpihan telah dijumpai. Porselin biru putih zaman Tang hanya ditemui pada tahun 1985, lebih jarang daripada tembikar biru putih zaman Song.[5] Serpihan biru putih Tang sebenarnya bukan porselin, Namun, melainkan gerabah dengan slip putih kehijauan, dengan menggunakan pigmen biru kobalt yang mungkin berasal di Timur Tengah.[5] Sesetengah serpihan yang ditemui sejak tahun 1985 ini, menampakkan reka hiasan Timur Tengah.[5] Ketiga-tiga keping "biru putih Tang" yang lengkap di dunia itu diselamatkan daripada kapal karam Belitung di Indonesia pada tahun 1998, kemudian dijual ke Singapura.[6]

Perkembangan abad ke-14

Pada awal abad ke-14, pengeluaran hasil porselin biru putih yang halus dan lutcahaya secara besar-besaran bermula di Jingdezhen yang diberi timangan "pusat porselin China". Perkembangan ini disebabkan oleh gabungan perdagangan Islam dan teknik China.[7] Kobalt biru dianggap sebagai komoditi yang berharga, dengan nilai yang sekitar dua kali nilai emas.[7] Motifnya juga berilhamkan perhiasan Islam.[7] Sebahagian besar tembikar biru putih ini kemudian dihantar ke pasaran Asia Barat Daya melalui peniaga-peniaga Muslim yang bertapak di Guangzhou.[7]

Porselin biru dan putih Cina sekali dibakar: setelah tubuh porselin dikeringkan, dihiasi dengan pigmen biru kobalt halus dicampur dengan air dan disapu dengan berus, dilapisi dengan sepuh yang jernih dan dibakar pada suhu yang tinggi. Mulai abad ke-16, sumber-sumber tempatan biru kobalt mulai dikembangkan, walaupun kobalt Parsi tetap yang paling mahal.[7] Pengeluaran tembikar biru putih masih diteruskan Jingdezhen hingga kini. Porselin biru putih buatan Jingdezhen dipercayai mencapai kemuncak keunggulan teknikal sewaktu pemerintahan Maharaja Kangxi pada Dinasti Qing (1661-1722).

Evolusi barang-barang biru putih

Abad ke-14

Maklumat terperinci: Barnag-barang Jingdezhen

Perkembangan sejati tembikar biru putih di China bermula pada separuh pertama abad ke-14, ketika ia semakin menggantikan tradisi Qingbai yang diamalkan selama berabad-abad lamanya. Sentra produksi utama adalah di Jingdezhen, Wilayah Jiangxi.

Abad ke-15

Dengan munculnya Dinasti Ming di 1368, tembikar biru putih diketepikan oleh kerabat diraja pada suatu ketika, khususnya di bawah pemerintahan Maharaja Hongwu dan Yongle, kerana terlalu asing dari segi lhamnya.[7] Namun begitu, porselin biru kembali menjadi terkenal pada zaman Maharaja Xuande, dan sekali lagi dikembangkan sejak itu.[7]

  • Mangkuk biru putih, Jingdezhen, Yongle Ming (1403-1424).
  • Kendi biru putih, Jingdezhen, Yongle Ming (1403-1424).
  • Pasu biru putih, Jingdezhen, Yongle Ming (1403-1424).
  • Biru putih, Xuande Ming (1426-1435).

Abad ke-16

Terdapat beberapa hasil porseluin biru putih dari abad ke-16 yang bercirikan pengaruh Islam, seperti yang dibuat pada zaman Maharaja Zhengde (1506-1521), yang kadang-kadang membawa tulisan Parsi dan Arab.[8]

  • Kendi biru putih dengan aksara Parsi, Ming Zhengde (1506-1521).
  • Kotak porselin biru putih, dengan tulisan Arab dan Parsi, Zhengde (1506-1521).
  • Pinggan biru putih, Ming Wanli (1573-1620).
  • Kendi biru putih, Ming Wanli (1573-1620).

Abad ke-17

Pada abad ke-17, hasil proselin biru putih banyak dibuat sebagai porselin eksport untuk pasaran Eropah. Simbol dan latar Eropah berdampingan dengan latar China pada benda-benda ini.[8]

  • Porselin eksport biru putih, Qing Kangxi, (1690-1700).
  • Pasu porselin eksport dengan latar Eropah, zaman Qing Kangxi, (1690-1700).

Abad ke-18

Pada abad ke-18, porselin eksport terus dihasilkan untuk pasaran Eropah.[8] Bagaimanapun, kesan kegiatan "perisikan industri" yang memperoleh butiran-butiran pembuatan porselin Cina untuk dihantar ke Eropah, pengeksportan porselin China banyak merosot, terutamanya di akhir pemerintahan Maharaja Qianlong.[9]

Rujukan

WikiPedia: Porselin biru putih http://www.chinaonlinemuseum.com/ceramics-blue-and... http://www.encyclopedia.com/topic/porcelain.aspx http://books.google.com/books?id=MypbfKdMePIC&pg=P... http://books.google.com/books?id=NGw8DUuNywYC&pg=P... http://books.google.com/books?id=QQAVYr2Lc-YC&pg=P... http://books.google.com/books?id=VkwuTyHu60YC&pg=P... http://www.koh-antique.com/lyc/belitung_shipwreck.... http://underglazedblue.com http://idlethink.wordpress.com/2009/07/14/curating... http://www.metmuseum.org/works_of_art/collection_d...